Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Bicara gangguan seksual terhadap firma guaman ditetapkan Nov ini

Nota Editor: Malaysiakini tidak mendedahkan nama pihak yang terlibat dalam saman itu untuk melindungi identiti plaintif seperti yang diminta.


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan lima hari pada November tahun ini untuk perbicaraan penuh kes saman gangguan seksual seorang bekas peguam terhadap firma guaman dan rakan kongsi kanannya.

Peguam yang bertindak bagi plaintif berusia 29 tahun itu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa tindakan sivil berkenaan ditetapkan untuk dibicarakan di mahkamah sivil dari 20 hingga 24 Nov.

Tambahnya, pihak-pihak terbabit juga telah bertukar dokumen sebagai persediaan menghadapi perbicaraan.

Difahamkan, plaintif telah meninggalkan amalan  undang-undang dan beralih ke sektor swasta serta terlibat secara aktif dalam kerja sosial yang melibatkan pemerkasaan dan advokasi wanita.

Pada 28 Okt 2021, dia memfailkan tindakan sivil berhubung gangguan seksual yang didakwa dialaminya semasa berkhidmat di firma guaman itu antara Disember 2018 dan Disember 2019.

Plaintif mendakwa antara lain bahawa semasa di firma itu, peguam berkenaan telah melalui kata-kata dan kelakuannya berulang kali dan/atau dengan sengaja mewujudkan  persekitaran kerja yang menyinggung perasaan, bermusuhan, menakutkan, memalukan dan menyusahkan dirinya.

[Baca berita penuh]