Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Dr M soal Muda: Kalau menang sikit boleh buat apa?

Dr Mahathir Mohamad tidak melihat Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mampu membuat perubahan besar dengan bertanding bersendirian dalam pilihan raya negeri, sekalipun berjaya mendapat kerusi.

“Jika kamu bertanding solo dan menang beberapa kerusi, apa kamu boleh buat?

“Tujuannya ialah untuk jadi kerajaan. 

“Tiada guna jika kamu tak ada dalam kerajaan,” katanya dalam sidang media di Sepang hari ini.

Muda semalam membuat pengumuman mengejutkan untuk bertanding secara bersendirian dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Parti pendukung kerajaan pimpinan Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa mereka disisih dan diperlekeh oleh Pakatan Harapan (PH) selaku gabungan tunjang kerajaan.

“Namun, bukan sahaja (status mohon sertai PH) kami dibiarkan tergantung, malah diperlekehkan apabila setiausaha agung Pakatan Harapan menjawab bahawa dia tiada masa untuk membaca surat kami,” kata Syed Saddiq dalam surat terbuka hari ini.