Lokman kini jadi jurucakap dan pembela DAP, kata MCA
Selama berdekad MCA dan DAP menjadi musuh tradisi dam saling menyerang, sehinggalah selepas penubuhan kerajaan tahun lalu yang memaksa mereka "mengadakan gencatan senjata".
Namun, menurut Naib Presiden MCA Ti Lian Ker, peranan menyerang parti itu kini nampaknya telah diambil alih oleh anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Lokman Adam.
Ti malah mengucapkan tahniah kepada DAP kerana Lokman - yang dahulunya berseteru dengan parti itu - kini menjadi "jurucakap dan pembela” mereka.
MIC dan MCA hari ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhaap Lokman kerana menganggap mereka sebagai "biawak hidup" dalam BN kerana gagal memberi impak sejak PRU 2008.
Dalam kenyataan hari ini, Ti mengecam Lokman dan membangkitkan Deklarasi Setapak yang dibuat DAP pada 1967 yang menekankan prinsip kesamarataan kaum dan menentang pengasingan antara bumiputera dan bukan bumiputera dalam proses membina negara.
Ekoran naratif itu, Ti berkata DAP mendapat sokongan popular manakala undi orang Cina dan India terhadap BN merosot.
Dia juga membangkitkan apa yang disifatkannya sebagai politik dalaman Umno yang menghakis sokongan Melayu, dengan ada pemimpin parti itu yang keluar dan menubuhkan parti lain dan menarik penyokongnya.
"Personaliti-personaliti (bekas) Umno ini juga diperalat dan ditunggang oleh DAP sehinggalah DAP bukan sahaja berjaya memonopoli undi Cina dan India, tetapi juga menambah sokongan pengundi Melayu yang merupakan penyokong tegar dan tradisi BN," kata Ti.
'Jangan biadab'
Ti turut membangkitkan seruan perubahan yang dilaungkan DAP sebelum ini dengan menyifatkan Umno sebagai "penyamun" denan BN bertindak balas dengan penegasan "No DAP".
"Inilah latar belakang dan hakikat politik yang perlu kita terima secara kolektif.
"Janganlah Lokman menjadi biadab seperti DAP yang pernah gelar MCA sebagai 'anjing Umno' dengan melabel MCA dan MIC sebagai 'biawak hidup'. Bertaubatlah dan janganlah mengaibkan lebih-lebih lagi rakan seperjuangan," katanya lagi.
Sejak menganggotai BN, kata Ti, MCA sentiasa mengamalkan politik kesederhanaan dan menghormati perbezaan.
" Adakah Lokma mahu MCA menjadi parti ekstremis dan cauvinis demi meraih undi sehingga mengorbankan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia?
"Sedar atau tidak, DAP sering menuduh MCA dan MIC gagal mempertahankan atau membela kaum Cina dan India. Malah DAP juga sudah lama menanam doktrin bahawa MCA dan MIC 'tunduk' kepada Umno," katanya lagi.
'Bawa Umno keluar BN'
Sementara itu, jurucakap MCA Mike Chong Yew Chuan berkata antara punca kegagalan partinya dan MIC untuk menarik sokongan adalah kerana "segelintir pemimpin Umno yang kurang matang dan tidak bertanggungjawab" yang membuat kenyataan yang menghakis sokongan terhadap BN sejak beberapa PRU lalu.
Chong berkata MCA sentiasa menjunjung semangat kekeluargaan dalam BN yang membolehkan gabungan itu mengharung segala halangan dan cabaran sehingga hari ini.
"Namun begitu, fitnah tidak berasas yang dilemparkan oleh Lokman semasa telah mencemarkan integriti dan imej MCA dan MIC di kalangan umum.
"Memandangkan dia telah menyatakan secara terang pandangan terhadap MCA dan MIC, berdasarkan semangat demokrasi dia dipelawa memohon kepada partinya untuk menarik diri daripada BN dan menyertai PH secara rasmi," katanya yang turut mendesak Lokman agar memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang dibuatnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai