Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

'IO tak pernah kata penculikan Koh macam operasi polis'

Pegawai penyiasat (IO) yang meneliti kes kehilangan paksa pastor Raymond Koh tidak pernah memberi komen bahawa kejadian itu kelihatan seperti operasi polis, kata peguam kerajaan.

"Arahan saya ialah (Inspektor) Ali (Basra Abu Bakar) tidak pernah membuat komen bahawa kejadian itu kelihatan seperti operasi polis," kata peguam kanan persekutuan Nurul Farhana Khalid.

Dia memberitahu demikian di dalam perbicaraan saman dikemukakan keluarga Koh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Peguam terbabit memberi keterangan dalam kes kehilangan yang berlaku pada 2017.

Nurul Farhana sedang diperiksa balas oleh peguam Roeshan Celestine Gomez yang merupakan saksi untuk keluarga itu.

Pada 19 Okt 2017, semasa siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kejadian itu, Roeshan memberi keterangan bahawa Ali ada memberitahunya: "Jangan risau dan ia kelihatan seperti modus operandi operasi polis".

Roeshan kemudian memberitahu inkuiri bahawa Ali sedang merakam kenyataannya berhubung kejadian yang dilihatnya, iaitu Koh diculik dari sebuah kereta di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Feb 2017.

Ali, yang ditempatkan di Balai Polis Kelana Jaya ketika itu, turut memberi keterangan semasa siasatan.

Pada 3 April 2019, Suhakam membuat kesimpulan bahawa penculikan Koh adalah kehilangan secara paksa yang melibatkan Cawangan Khas dari ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Setahun kemudian, isteri Koh, Susanna Liew, memfailkan tindakan mahkamah sivil untuk memaksa pihak berkuasa mendedahkan keberadaannya.

Semasa perbicaraan penuh mahkamah terhadap tindakan sivil itu, Roeshan mengulangi melalui keterangannya bahawa Ali memberitahunya bahawa keseluruhan penculikan itu kelihatan seperti operasi polis.

Ia juga didakwa kelihatan "dilakukan secara profesional".

[Baca berita penuh]