Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

PH-BN sasar menang lebih 50 kerusi - MB Selangor

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari melahirkan keyakinannya bahawa gabungan PH-BN akan memenangi lebih dua pertiga kerusi di Selangor pada pilihan raya negeri akan datang.

“Dengan strategi yang betul, kita (PH-BN) boleh menang lebih 50 kerusi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Amirudin juga berkata PH dan BN telah memuktamadkan perbincangan mengenai peruntukan kerusi.

Bagaimanapun, katanya terdapat beberapa kerusi yang perlu disemak oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi masing-masing selaku pengerusi PH dan BN.

[Berita penuh menyusul]