Majlis Penasihat Perniagaan Asean syor tingkatkan pelaburan dengan Jepun
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa negara anggotanya untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan Jepun.
Pengerusinya, Arsjad Rasjid berkata kerjasama erat antara ASEAN dan Jepun sejak 50 tahun lalu akan mempercepatkan pengukuhan integrasi ekonomi dan penubuhan kawasan perdagangan bebas, serta meningkatkan daya saing dalam pasaran global.
Beliau berkata kerjasama ASEAN-Jepun akan mempercepatkan liberalisasi dan memudahkan perdagangan dalam barangan, perkhidmatan dan pelaburan di rantau berkenaan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Tambah beliau, sebagai rakan strategik ASEAN, Jepun akan bekerjasama dengan ASEAN-BAC untuk mewujudkan platform lebih kukuh yang menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) untuk berinovasi secara kolektif melalui teknologi dan menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik.
“Jepun kekal sebagai rakan dialog ASEAN yang dipercayai,” kata Arsjad dalam satu kenyataan.
Beliau mengetuai delegasi ASEAN-BAC dalam satu jerayawara promosi ke Tokyo.
- Bernama-VNA
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai