Ketua bahagian nafi Umno Cawangan Sri Palas bubar
Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Zurihan Yusop menafikan dakwaan PAS bahawa seluruh cawangan parti itu telah berpaling tadah daripada Umno kepada PAS.
Ini selepas Ketua Umno Sri Palas Nazli Abdul Manap meletak jawatan dan menyertai PAS.
Kenyataan Setiausaha Komunikasi PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir mendakwa Nazli telah mengetuai 48 ahli Umno meninggalkan parti itu untuk menyertai PAS, dan cawangan Umno itu akan dibubarkan.
Dalam mesej WhatsApp kepada Malaysiakini, Zurihan menafikan dakwaan itu.
“Nazli menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno.
“Dan malam tadi mengumumkan menyertai PAS.
“Bagaimanapun cawangan Umno Sri Palas, Taman Dato Hormat masih wujud. Ia tidak dibubarkan,” kata Zurihan.
Tambahnya, ahli cawangan itu dan ahli jawatankuasa cawangan lain tetap bersama Umno.
Zurihan juga berkata perkembangan itu tidak akan menjejaskan keputusan pilihan raya negeri (PRN) Selangor yang akan datang.
“Tiada kesan. Mereka hanya mengambil kesempatan ketika menghampiri musim pilihan raya yang semakin hampir,” katanya
Sebelum ini Roslan mendakwa seramai 48 ahli Umno cawangan itu yang berada di Kuala Langat keluar parti dan membubarkan cawangan itu.
Katanya, kesemua mereka mengisytiharkan keluar parti dalam satu majlis khas malam tadi dan menyerahkan borang keahlian PAS, diketuai Nazli.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai