Zahid: Umno adakan perhimpunan agung khas esok, pinda perlembagaan parti
Permohonan pendaftaran keahlian baru Umno boleh dilakukan secara dalam talian apabila pindaan perlembagaan parti berhubung perkara itu diluluskan Perhimpunan Agung Khas Umno yang dijadual berlangsung esok.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2023 itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti.
"Yang akan dipinda adalah fasal-fasal mengenai permohonan keahlian.
Terdapat satu fasal untuk permohonan boleh dibuat secara dalam talian.
Apa yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung luar biasa (khas) adalah meminda fasal itu untuk dijadikan peraturan.
"Jadi apabila ia menjadi peraturan, ertinya Majlis Tertinggi mempunyai kuasa untuk meminda peraturan-peraturan dari segi permohonan keahlian.
“Kami permudahkan walaupun selama ini kami telah pun ada permohonan keahlian dalam talian, tapi kami akan mengimprovisasi kaedah permohonan dan kelulusannya," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Laman Media, sempena Perhimpunan Agung Umno 2023, hari ini.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai