PM Lee Singapura sekali lagi positif Covid
GLOBAL l Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sekali lagi disahkan positif Covid-19, selepas keputusan ujian saringan pada Ahad (28 Mei) lalu menunjukkan negatif dan kembali bertugas pada Isnin (29 Mei).
"Saya baik-baik sahaja tetapi malangnya saya positif Covid-19 sekali lagi," katanya di halaman Facebook rasminya yang dia melampirkan keputusan 'positif' daripada kit ujian Covid-19.
Perdana menteri berkata: "doktornya mengatakan ia Covid rebound (kembali terjangkit dalam tempoh singkat) yang berlaku dalam lima hingga 10 peratus kes."
“Ia masih boleh menjangkiti orang lain tetapi risikonya tidak tinggi berbanding jangkitan pertama. Doktor telah menasihati saya supaya mengasingkan diri sehingga saya diuji negatif ART (Ujian Cepat Antigen),” katanya.
Lee, 71, diuji positif Covid-19 pertama pada 22 Mei sejak wabak itu melanda negara itu pada 2020.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai