Kes gaduh di Tampoi: Dua lagi ditahan polis
Dua lagi individu ditahan menjadikan keseluruhan tangkapan 14 orang setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di kawasan Tampoi di Johor Bahru, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata mereka yang ditahan adalah warga tempatan membabitkan 13 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 15 hingga 36 tahun.
“Permohonan reman dua lagi individu yang ditahan akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan polis adalah telus tanpa kompromi mengikut undang-undang sedia ada dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya masih menyiasat punca pergaduhan di bawah Seksyen 148, Seksyen 365 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular video berdurasi 28 saat yang memaparkan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di media sosial.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai