Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Lelaki buka pintu pesawat kerana mahu cepat turun - Polis

GLOBAL | Seorang penumpang yang membuka pintu pesawat Asiana Airlines sejurus sebelum mendarat di lapangan terbang awal minggu ini memberitahu polis dia berbuat demikian kerana berasa lemas dan mahu segera turun daripada pesawat itu, menurut pegawai polis pada Sabtu, lapor Yonhap.

Polis menahan lelaki berusia 30-an itu pada Jumaat kerana disyaki menarik tuil pintu pesawat pada ketinggian kira-kira 213 meter dari aras daratan sejurus sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu.

Dalam soal siasat polis, lelaki itu berkata dia tertekan selepas hilang pekerjaan baru-baru ini.

Polis bercadang mendapatkan waran tangkap untuk lelaki itu kerana didakwa melanggar undang-undang keselamatan penerbangan selepas soal siasat lanjutan.

Tiada seorang pun daripada 194 orang di dalam pesawat itu terjatuh atau cedera dalam kejadian Jumaat, namun sebahagian daripada 12 penumpang yang menunjukkan gejala kesukaran bernafas dibawa ke hospital.

Pesawat itu dalam perjalanan menuju ke Daegu dari pulau percutian di selatan Jeju.

- Bernama-Yonhap