Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Rombakan Kabinet: Kalau ada cadangan tulis kepada saya - PM

Ketika desas-desus mengenai kemungkinan melakukan rombakan kabinet semakin kerap kedengaran, Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini kelihatan bersahaja menanggapi isu tersebut.

Anwar bahkan bersikap 'terbuka' untuk menerima sebarang pandangan daripada pihak lain mengenai kemungkinan tersebut.

“Kalau ada cadangan, sila tulis kepada saya dan saya akan beri pertimbangan yang sebaiknya,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu ahli parlimen Tambun itu ditanya mengenai spekulasi akan berlaku rombalan kabinet selepas pilihan raya negeri diadakan sebulan dua ini.

Turut hadir di majlis yang belangsung di Pusat Dagangan Dunai KL itu ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan tentang spekulasi berkenaan rombakan kabinet untuk menggantikan anggota kabinet yang tidak berprestasi.

Ia juga didakwa membabitkan ketua setiausaha dan ketua pengarah di beberapa kementerian.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata rombakan kabinet bawah kerajaan perpaduan adalah hak mutlak perdana menteri.

Katanya ia juga dibuat berdasarkan budi bicara Anwar.

“Lazimnya tiada seorang perdana menteri berbincang dalam (mesyuarat) kabinet untuk melakukan rombakan,” katanya selepas merasmikan kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan 2023 di Putrajaya hari ini.