Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Bukan saja Annuar Musa, kata Hadi

Abdul Hadi Awang berkata masih ramai tokoh Umno yang ingin menyertai PAS namun mereka terhalang oleh akta antilompat parti.

Dakwa presiden PAS itu lagi dia tidak boleh memberitahu jumlah sebenar pemimpin Umno yang terbabit.

"Saya tak boleh (beri tahu) kerana ada yang dah masuk, macam calon pun kita ada macam Ismail Abd Mutalib dan Shahidan," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Muttalib menyertai Umno pada 1982 dan berkhidmat sebagai ahli parlimen Maran sejak 2004.

Gambar fail, Annuar Musa.

Pada 2022, Ismail menyertai PAS dan bertanding pilihan raya umum ke-15 atas tiket PN serta dipilih semula menjadi ahli parlimen Maran.

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang juga bekas menteri besar Perlis menyertai PAS pada 2022.

Abdul Hadi juga memaklumkan akan ada lagi pemimpin Umno bakal mengikut jejak tersebut.

‘Umno salah langkah’

"Akan diumumkan (kemudian), bukan sahaja Annuar Musa," katanya.

Sementara itu, Hadi memberi amaran mengenai kerjasama Umno dan DAP dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

"Kita menganggap Umno sudah salah langkah.

“Orang di kalangan Umno pun tidak setuju dan terus terang kita lihat gabungan Umno dgn PH ini lebih kepada nak selamatkan diri, kluster-kluster makamah.

Gambar fail, PAS ketika bersama Pakatan Rakyat.

“Untuk mendapatkan jawatan menteri, untuk selamatkan diri.

“Bukan untuk kepentingan perjuangan Umno yang ada dalam perlembagaan dia - menegakkan Islam, menegakkan kaum dan bangsa, menetahankan negara. Sudah lari dari perlembagaan," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Hadi menjelaskan lagi keyakinannya bahawa Umno tidak akan dapat bekerjasama dengan DAP.

Ini, kata Hadi berdasarkan pengalaman lepas PAS bersama DAP dalam Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999 dan kemudian Pakatan Rakyat dari 2008 ke 2015.

Gambar fail.

"Tetapi kita (DAP dan PAS) bersatu di atas titik persamaan - Masalahnya DAP melampau. Nak minta supaya jangan laksanakan syariah untuk Islam.

"Kita ambik benda itu untuk orang Islam sahaja - mengharamkan arak, mengharamkan judi, macam-macam lagi bagi orang Islam.

"Bagi orang bukan Islam, terpulang kepada mereka tapi DAP campur tangan,” dakwa Hadi.

[Baca berita asal]