Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Tarikh perbicaraan 2024 untuk saman polis berhubung kematian model Belanda

Mahkamah sivil menetapkan 18 hari pada tahun depan untuk mendengar tuntutan mahkamah keluarga Ivana Smit terhadap polis dan kerajaan berhubung kematian model Belanda itu pada 2017.

Peguam Sankara Nair, yang mewakili ibu Smit, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, memberitahu bahawa tarikh-tarikh pada 2024 itu ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semasa pengurusan kes pagi ini.

Tarikh perbicaraan di hadapan pesuruhjaya kehakiman Roz Mawar Rozain adalah pada 14 hingga 16 Okt, 21 hingga 23 Okt, 28 hingga 30 Okt, serta 4 hingga 6 Nov, 11 hingga 13 Nov dan 18 hingga 20 Nov tahun depan.

Pada 7 Disember 2017, mayat Smit ditemui di balkoni unit tingkat enam CapSquare Residence di Kuala Lumpur - 14 tingkat di bawah unit kondominium di tingkat 20 pasangan Alexander William Johnson dan Lunara Almazkyzy. Kedua-dua mereka kemudiannya meninggalkan Malaysia pada awal 2018.

Saman sivil keluarga itu adalah berhubung dakwaan kegagalan dan kecuaian dalam siasatan bagi menentukan punca kematian wanita berusia 18 tahun itu.

Empat defendan itu adalah menteri dalam negeri (tidak dinamakan), ketua polis negara (tidak dinamakan), pegawai siasatan Faizal Abdullah dan kerajaan persekutuan

[Baca berita penuh]