Mexico tamatkan darurat kesihatan Covid-19
GLOBAL | Mexico mengisytiharkan darurat kesihatan Covid-19 ditamatkan selaras dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Timbalan Setiausaha Pencegahan dan Promosi Kesihatan, Hugo Lopez-Gatell, pada Selasa.
"Keputusan itu dibuat memandangkan syarat yang diambil kira oleh WHO untuk menangguhkan darurat kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa sudah dipenuhi," kata Lopez-Gatell pada sidang akhbar, lapor Xinhua.
Pada 5 Mei, WHO mengisytiharkan darurat kesihatan global Covid-19 ditamatkan berikutan penurunan berterusan dalam kes, kemasukan ke hospital dan kematian.
Menurut Lopez-Gatell, sebanyak 95 peratus penduduk Mexico mempunyai antibodi yang diperlukan untuk melawan virus berkenaan, memberikan negara itu "tahap imuniti yang tinggi".
Di samping itu, varian yang sedang beredar mempunyai "virulens yang lebih rendah" berbanding sebelum ini.
- Bernama-Xinhua
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai