Umno Sabah sedia bantu rakan politik hadapi PRN
Umno Sabah bersedia membantu rakan politik lain di Semenanjung yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing tahun ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya sedang menunggu dan akan meneliti jemputan untuk membantu rakan tersebut.
"Kebiasaannya memang ada diputuskan oleh Barisan Nasional (BN) pusat.
"Kita akan menunggu dan akan meneliti jemputan (daripada negeri yang bakal hadapi PRN) dan kita akan melihat di mana kita akan diletakkan untuk membantu calon BN ataupun rakan komponen kita yang lain," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno/BN Kinabatangan di Kinabatangan hari ini.
Enam negeri dijangka menghadapi PRN tahun ini iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai