Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Paling kurang 10,000 hadir rumah terbuka Madani di Kedah

Sekurang-kurangnya 10,000 orang menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri.

Ini sambutan rumah terbuka Kerajaan Perpaduan yang pertama daripada siri enam rumah terbuka Aidilfitri tahun ini.

Perkarangan Hotel Raia di Alor Setar, Kedah, telah didirikan dengan sekurang-kurangnya

Sekitar lima khemah besar dengan meja dan kerusi untuk para hadirin di pekarangan Hotel Raia di Alor Setar, Kedah, dengan khemah yang lebih kecil berjajar di sekeliling kawasan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat beramah mesra dan bersalaman dengan para hadirin.

Pada masa yang sama, ratusan hadirin beratur di barisan sajian untuk mengambil makanan mereka, antaranya kuey teow, mee hoon goreng, bubur cha cha dan sate.

Poster yang tersebar di seluruh kawasan juga menunjukkan bahawa menu nasi tomato, ayam masak merah, daging masak kuzi, ayam goreng berempah dan acar buah.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor tiba di tempat itu secara solo kira-kira jam 10.37 pagi, selepas itu dia dilihat bersalaman dan bergambar dengan menteri-menteri kerajaan.

Sanusi kemudian dilihat berbual dengan perdana menteri dan beberapa anggota kabinet ketika menunggu ketibaan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, yang tiba pada pukul 11 pagi.

Kumpulan itu kemudian masuk ke dalam dewan bersama-sama. Sanusi dan Anwar duduk di sisi Sultan di meja utama.

Menteri kerajaan Rafizi Ramli, Nga Kor Ming, Salahuddin Ayub, Fahmi Fadzil, Fadhlina Sidek, Zaliha Mustafa, Mohamad Hasan, Nancy Shukri dan Steven Sim antara yang hadir majlis hari ini.