Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

JKNK siasat kes dua kanak-kanak maut dikaitkan strok haba Kelantan

Punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di Kota Bharu, meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba.

- Bernama