Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Kes dokumen palsu: Peter Anthony rayu ketepi sabitan, hukuman

Bekas menteri infrastruktur dan pembangunan Sabah Peter Anthony memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun dalam kes dokumen palsu yang melibatkan kontrak penyelenggaraan sistem.

Peguam S Devanandan mengesahkan kepada media bahawa notis rayuan difailkan semalam dan salinannya telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Ini merupakan rayuan terakhir Peter dalam kes ini selepas kalah di peringkat Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Pada 26 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mensabitkan kesalahan serta menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 bagi kes dokumen palsu, melibatkan surat dari pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati ketika itu didakwa memalsukan surat bertarikh 9 Jun 2014 apabila memasukkan kenyataan palsu dengan niat menggunakannya untuk tujuan penipuan

Walaupun membayar denda, Peter yang juga bekas presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dua hari lalu hakim Ahmad Bache menolak rayuan itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun hukuman penjara terhadapnya ditangguh sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

[Baca berita asal]