Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Letupan kuat, PM Jepun terselamat dilempar objek seperti suar - Laporan

GLOBAL | Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan ketua kerajaan yang lain terselamat dalam insiden letupan yang berlaku ketika Kishida sedang bersiap sedia untuk menyampaikan ucapan awam di bandar Wakayama, lapor Sputnik.

Menurut penyiar NHK, kejadian itu berlaku pada 11.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu (02:30 GMT) selepas Kishida menamatkan lawatan ke kawasan nelayan Saikasaki di Wakayama dan sedang bersiap sedia untuk berucap.

Sebelum perdana menteri memulakan ucapannya, bunyi letupan kuat kedengaran tidak jauh dari lokasi, kata NHK.

Sementara itu, Agensi Berita Kyodo melaporkan objek menyerupai suar dengan asap dilemparkan ke arah perdana menteri.

Menurut NHK berikutan kejadian itu, seorang lelaki ditahan.

Kishida membatalkan ucapan awamnya di Wakayama dan kini berada di ibu pejabat polis utama Wilayah Wakayama, lapor Kyodo.

- Bernama-Sputnik