Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Nahas Double Six: Bapa tak wajar disalahkan sepenuhnya - Anak juruterbang

Nizam Ghandi, anak kepada juruterbang Ghandi J Nathan yang terlibat dalam nahas pesawat Double Six pada 1976 memberitahu bahawa bapanya tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya dalam insiden tersebut.

Nizam sebaliknya berkata syarikat penerbangan yang terlibat dengan nahas yang meragut 11 nyawa, termasuk ketua menteri Sabah ketika itu Fuad Stephens, bersama dengan tiga menteri negeri, dan tujuh penumpang lain memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam menjamin keselamatan pesawat.

“Syarikat penerbangan memegang tanggungjawab lebih besar dalam memastikan muatan pesawat mengikut garis panduan.

“Juruterbang tidak sepenuhnya bertanggungjawab kerana syarikat yang perlu menyediakan kertas muatan sebelum berlepas,” katanya petik The Star pada Khamis.

Sebelum ini, kerajaan mendedahkan laporan akhir siasatan nahas pesawat itu dengan mendapati tiada unsur sabotaj.

Menurut dapatan itu juga, pemeriksaan ke atas serpihan pesawat udara terbabit menunjukkan enjin masih berkuasa semasa nahas, manakala kawalan pesawat berfungsi. Tiada juga tanda-tanda kebakaran atau letupan dikesan.

Proses nyah klasifikasi laporan itu selesai pada 6 April lalu dan boleh dimuat turun di laman rasmi Kementerian Pengangkutan.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk mendedahkan laporan akhir siasatan nahas pesawat pada 1976 yang meragut 11 nyawa, termasuk ketua menteri Sabah ketika itu Fuad Stephens, bersama dengan tiga menteri negeri, dan tujuh penumpang lain.

Mendapati tiada unsur sabotaj, menurut dapatan itu juga, pemeriksaan ke atas serpihan pesawat udara terbabit menunjukkan enjin masih berkuasa semasa nahas, manakala kawalan pesawat berfungsi.

Tiada juga tanda-tanda kebakaran atau letupan dikesan.

Proses nyah klasifikasi laporan itu selesai pada 6 April lalu dan boleh dimuat turun di laman rasmi Kementerian Pengangkutan.

Kemalangan itu sebelum ini mencetuskan teori konspirasi memandangkan ia berlaku hanya 53 hari selepas Fuad menggantikan ketua menteri sebelum itu Mustapha Harun.

Ramai rakyat Sabah yang percaya ada tangan-tangan lain di sebalik apa yang berlaku dan mengaitkannya dengan pihak berkuasa persekutuan.

Ketika itu, Fuad baru sahaja meraikan kemenangan besarnya ke atas seteru politiknya, Mustapha dengan parti Berjaya yang baru ditubuhkan - ketika ketegangan memuncak di antara Mustapha dan kerajaan persekutuan.

Berkaitan:
PANDUANKINI l Apa natijah pendedahan siasatan nahas pesawat Sabah Air