Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Dakwaan LGBT - PAS mohon batalkan saman fitnah oleh Mujahid

PAS memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah Naib Ketua Amanah Muhajid Yusof Rawa terhadap parti pembangkang itu.

Peguam bekas ahli parlimen Parit Buntar itu, Noorazmir Zakaria mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa PAS memohon untuk membatalkan tindakan sivil itu tanpa mendengar meritnya pada perbicaraan penuh.

Kata peguam itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 21 Jun depan untuk pendengaran permohonan selepas mengosongkan tarikh pendengaran hari ini.

Noorazmir berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada 21 Jun ini.

Pada 15 Disember tahun lalu, Mujahid mengheret PAS ke mahkamah dengan mendakwa PAS dengan niat jahat telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah di ruangan status akaun Facebook parti itu.

Mujahid berkata kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud dia membenarkan, menyokong atau menerima masyarakat khususnya yang  beragama Islam terlibat aktiviti LGBT dan perzinaan.

Dia mendakwa PAS pada 16 Okt 2022, dengan niat jahat telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah di ruangan status akaun Facebook parti itu.

Mujahid berkata kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau membenarkan, menyokong atau menerima masyarakat khususnya yang  beragama Islam terlibat aktiviti LGBT dan perzinaan.

Menurut Mujahid, kenyataan fitnah itu menyebabkannya mengalami tekanan perasaan selain merosakkan perwatakan, nilai moral, pegangan agama, keupayaan dan kredibiliti plaintif sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Sehubungan itu, beliau memohon suatu perintah supaya PAS menarik balik serta memadam kenyataan fitnah dan gambar plaintif itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am, teladan dan teruk.

Menerusi pernyataan pembelaan, PAS mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana plaintif gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel berkenaan. 

PAS yang diwakili Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan, memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Tengku Amalin & Faizi di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Permohonan itu dibuat atas alasan Mujahid selaku plaintif gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah terhadap parti berkenaan.

[Baca berita penuh]