Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Fadhlina: Sekolah cuti sempena Aidilfitri 19 April ini

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa 19 April akan menjadi cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri.

“Kita mengambil kira kesejahteraan semua pihak, termasuk guru dan kakitangan kementerian pendidikan," katanya hari ini selepas menghadiri forum antirasuah di Putrajaya.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sebelum ini menggesa Kementerian Pendidikan memperuntukkan cuti khas untuk guru pada 19 April ini.

Menurut laporan Berita Harian, Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata cuti khas itu perlu kerana berkemungkinan hari pertama Aidilfitri jatuh pada 21 April iaitu sehari lebih awal daripada tarikh rasmi.

Dia menambah bahawa hari cuti tambahan akan membolehkan guru dan keluarga mempunyai lebih banyak masa untuk pulang ke kampung halaman.

Selain itu, Aminuddin berkata ini juga dapat mengurangkan kesesakan jalan raya pada hujung minggu Aidilfitri.