Polis buru suspek tetak pengawal, samun 70 Iphone
Polis Hilir Perak memburu suspek yang melarikan kira-kira 70 unit telefon pintar iPhone bernilai hampir RM300,000 dalam kejadian samun di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, di Perak awal pagi semalam.
Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian pada dua pagi itu, seorang pengawal keselamatan di kompleks perniagaan tersebut cedera ditetak dengan kapak oleh suspek dan diikat di dalam tandas, sebelum suspek memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi dan melarikan telefon bimbit di rak pameran.
“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian berjaya menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan dan pihak polis masih meneruskan usaha untuk mengesan serta menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, dia berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu atau suspek terlibat diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Hilir Perak di talian 05-62992222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, menurutnya pengawal keselamatan yang berusia lewat 60-an dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai