Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Jamal dapat penangguhan bersyarat bayar ganti rugi Teresa

Mahkamah Rayuan membenarkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos untuk menangguhkan bayaran ganti rugi RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sementara menunggu keputusan rayuan terhadap saman fitnahnya.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Yaacob Md Sam sebulat suara membenarkan penangguhan bersyarat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya Jamal membayar pampasan serta kos RM50,000 kepada ahli parlimen DAP itu.

Pada 26 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memerintahkan ahli politik BN itu membayar ganti rugi dan kos kepada Kok berhubung ucapannya pada 2017, yang mendakwa ahli parlimen DAP itu menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Kok sejak itu telah memulakan prosiding kebankrapan berasingan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mendapatkan wang berkenaan  daripada Jamal, dan Mahkamah Tinggi juga telah menolak permohonannya untuk menangguhkan keputusan itu sementara menunggu penyelesaian rayuan di hadapan Mahkamah Rayuan.

Semasa prosiding di Mahkamah Rayuan pagi ini, Yaacob membenarkan permohonan penangguhan kepada Jamal dengan bersyarat, iaitu wang berkenaan akan dimasukkan ke akaun bank peguam Kok untuk dipegang sebagai pemegang kepentingan, sementara menunggu penyelesaian rayuan utama.

[Baca berita penuh]