54 muka baru terajui kepimpinan Umno bahagian
Pemilihan Umno yang berlangsung semalam menyaksikan 54 muka baru ketua Umno bahagian.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) Shahrir Samad ketika memaklumkan perkara ini berkata situasi tersebut menunjukkan Umno semakin dinamik dan perwakilan kini berani melakukan perubahan mengikut saluran yang betul.
Katanya 54 muka baru itu menyaksikan perubahan sekitar 30 peratus membabitkan Umno bahagian seluruh negara.
"Seramai 54 ketua Umno bahagian ini adalah kira-kira 29 atau 30 peratus muka baru. Ia bukan melibatkan satu negeri, tetapi berlaku secara keseluruhan.
"Di Wilayah Persekutuan, enam muka baaru; Melaka (3); Kelantan (5); Johor (10); Perak (4); Selangor (6) dan Perlis (3).
Mengulas lanjut, Shahrir berkata Umno perlu menekankan soal tata etika kepada seluruh perwakilannya yang terbabit dalam pemilihan pada masa akan datang.
"Kepada 190,000 ahli Umno yang terbabit dalam proses pemilihan, kita juga tekankan soal kualiti, supaya mereka patuh soal tata etika selain harus mempunyai kefahaman dan tanggungjawab sebagai perwakilan.
"Kalau kuantiti saja, itu bukan menandakan amalan demokrasi sebenar. Amalan demokrasi itu mesti berasaskan kefahaman dan kepatuhan kepada peraturan. Jadi itu anggapan kami sebagai JPU 2023," katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai