Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pengurus syarikat perikanan direman tiga hari kes rasuah APMM

Seorang pengurus sebuah syarikat perikanan direman tiga hari bermula semalam, bagi membantu siasatan berhubung kes suapan bulanan melibatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 1 Langkawi.

Permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suspek berusia 37 tahun itu, dibenarkan Majistret Siti Norhasliza Md Ali.

Menurut sumber SPRM, suspek dipercayai terlibat sebagai orang tengah memberi suapan bulanan kepada anggota APMM, sebagai dorongan mengelak bot diperiksa anggota penguat kuasa APMM.

Katanya suspek ditahan semalam di Kuala Perlis bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber SPRM itu berkata seorang anggota APMM berpangkat Laskar Kanan Maritim ditahan oleh SPRM di Sandakan, Sabah kerana dipercayai menerima supanan bulanan Ketika bertugas di Pulau Langkawi, Kedah.

-- LAGI

SPRM-REMAN 2 (AKHIR) KANGAR

Beliau berkata SPRM akan melakukan satu lagi tangkapan terhadap seorang lagi anggota APMM berpangkat Bintara Kanan Maritim, melibatkan kes yang sama.

Sumber itu berkata sehingga kini seramai tujuh anggota APMM dan dua orang awam ditahan sejak Februari, bagi membantu siasatan menerima suapan bulanan melibatkan anggota APMM Daerah Maritim 1 Langkawi dan anggota APMM Zon Maritim Kuala Perlis.

Pengarah SPRM Perlis Suzeliyana Hashim yang mengesahkan perkara itu.

- Bernama