Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Anak Zahid, anak Najib dahului saingan jawatan exco

Anak sulung kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah berada dalam kedudukan selesa bagi merebut jawatan exco Wanita Umno.

Sehingga jam 10 malam ini, Nurulhidayah berada adalam kelompok 20 exco Wanita Umno.

Nurulhidayah memperoleh 32 undi, merupakan yang tertinggi sokongan diperoleh bagi saingan jawatan exco Wanita Umno setakat ini.

Ini merupakan percubaan kali kedua bagi Nurulhidayah untuk memegang jawatan exco Wanita.

Nurulhidayah juga turut mencuba nasib dengan merebut jawatan ketua Wanita Umno Bagan Datuk.

Sementara itu, anak bekas perdana menteri Najib Razak, Nooryana Najwa (gambar, atas) pula sedang mendahului bagi jawatan exco Puteri Umno apabila memperoleh 78 undi.

Turut mendapat jumlah undi yang sama dengan Nooryana bagi jawatan exco Puteri ialah Nurul Syifa Ridzwan Goh.

Bagaimanapun, nasib berbeza diterima seorang lagi anak Najib, Mohd Naziffuddin yang merebut jawatan naib ketua Pemuda Umno apabila ketinggalan kepada pencabarnya Ikmal Hazlan Ikmal Hisham.

Sehingga jam 10 malam ini, Mohd Naziffuddin hanya mendapat dua undi.