PM: Kaedah cagar KWSP untuk pinjaman tak langgar akta
Kaedah membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan tidak melanggar Akta KWSP, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata perkara itu telah dibincangkan pihaknya dengan KWSP dan difahamkan tiada sebarang halangan untuk melaksanakannya.
Menjawab soalan mengenai kaedah itu yang mendapat pelbagai maklum balas ramai termasuk yang negatif, Anwar yang juga menteri kewangan berkata kaedah berkenaan adalah bagi membantu kes-kes tertentu.
"Biasalah… Kalau ikutkan memang tidak benarkan, tetapi ada kes mendesak contohnya pencarum ada simpanan tetapi tidak mampu misalnya bayar yuran pendidikan anak ke luar negara, kes-kes kita beri pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2023 di Stadium Indera Mulia, di Ipoh, Perak hari ini.
Terdahulu pada sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis lepas, Anwar berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.
Sebelum ini terdapat desakan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi membantu golongan terkesan pasca Covid-19 serta inflasi.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai