'Muhyiddin tak perlu letak jawatan dari Bersatu, PN'
Tiada keperluan untuk Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan dalam kepimpinan Bersatu, kata Ketua Penerangannya, Razali Idris.
Bahkan, Razali menegaskan ini termasuk jawatannya sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN).
“Kami tak benarkan Muhyiddin letak jawatan dari Bersatu dan PN,” kata Razali, yang baru dilantik menggantikan Wan Saiful Wan Jan kepada pemberita.
Desas-desus keperluan meletakkan jawatan itu timbul selepas Muhyiddin diarah ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.
Kehadiran Muhyiddin yang juga presiden Bersatu di ibu pejabat SPRM dipercayai berkaitan siasatan badan antirasuah itu berhubung program Jana Wibawa.
Sebelum ini, Wan Saiful melepaskan jawatan ketua Penerangan Bersatu.
Wan Saiful dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta, membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu.
Pendakwaan itu menyusuli pembekuan akaun milik Bersatu, untuk membantu siasatan ke atas wang disyaki daripada hasil haram.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai