Moratorium: Syukur Alhamdulillah, terima kasih PM - Onn Hafiz
Kerajaan Johor menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan beliau berhubung pemberian moratorium kepada peminjam yang terkesan akibat banjir.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri dengan rendah hati mengucapkan jutaan penghargaan kepada seluruh kementerian dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan atas segala bantuan yang diberikan.
"Syukur Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau kepada mangsa-mangsa banjir di Johor.
"Alhamdulillah, semua ini untuk kemaslahatan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir di Johor. Semoga manfaat ini memberi sejuta sinar kepada seluruh Bangsa Johor," katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Perdana Menteri dipetik berkata setakat ini, Maybank dan CIMB telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama enam bulan dan beliau akan menghubungi bank-bank lain untuk mengikuti langkah berkenaan.
Semalam, Onn Hafiz meminta kerajaan mempertimbangkan moratorium antara tiga hingga enam bulan diberikan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan sekali gus meringankan bebanan mangsa banjir yang mempunyai pinjaman daripada institusi perbankan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai