TPM: Proses tender semula enam projek tebatan banjir tidak terlalu lama
Kerajaan tidak akan mengambil masa terlalu lama dalam proses tender semula membabitkan enam projek tebatan banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata hal ini kerana kawasan projek terbabit telah dikenal pasti dan skop kerja sudah dilaksanakan.
"Pada hemat saya proses tender semula untuk enam tebatan banjir ini tidak akan mengambil masa terlalu panjang kerana dulu kita melakukan tender terpilih.
"Oleh itu, untuk memastikan tender ini terus berjalan kaedah perolehan harus dilakukan secara penelitian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kesedar di Gua Musang, hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat mengumumkan enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya pada Jun tahun ini.
Projek itu melibatkan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor dan pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor serta projek lain iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengarahkan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya menyegerakan bayaran wang ihsan kepada mangsa banjir yang layak.
"Arahan saya kepada NADMA supaya bayaran diberi sebaik mangsa banjir kembali ke rumah dan bantuan itu boleh digunakan untuk memperbaiki barangan rumah yang rosak," katanya.
Hanya 16 saat, Jojo tumbang lawan dengan pukulan KO
Peserta remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, melakarkan penampilan sulung menakjubkan dalam siri ONE Championship apabila menumbangkan lawan dengan pukulan ‘knockout’ (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, di Bangkok, Jumaat malam
Peserta Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ untuk keputusan KO terhadap peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama.
Beliau memerangkap lawan dengan aksi kombinasi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat sehingga lawannya tidak mampu meneruskan saingan.
Johan, yang lebih dikenali sebagai ‘Jojo’, turut menerima bonus prestasi berjumlah Baht 350,000 (RM44,000).
"Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi diri saya untuk membuat debut pada ONE Championship dan kemenangan pukulan KO tidak dijangkakan,” katanya kepada Bernama selepas pertarungan tersebut.
Johan, yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap, berkata beliau menjalani tempoh latihan intensif selama sebulan setengah bagi persediaan menghadapi pertarungan ONE Championship.
“Saya sentiasa mahu bertarung dalam kejohanan ini...maka berlatih dengan gigih untuk mencapai hasrat ini. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari iaitu empat jam mulai jam 6 pagi dan empat jam pada sebelah petang mulai 4 petang.
“Usaha keras selama ini berbaloi. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih, Addy Singpayak, yang menjaga saya. Beliau adalah jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten,” katanya.
Tahun lepas, Johan muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menumbangkan peserta Rusia, Rustam Yunusob, bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18, di Pusat Knvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai