ULASAN | Pempolitikan Islam secara semberono
ULASAN | Pepatah ada menyebut, “Berbuatlah kepada orang lain apa yang kamu kehendaki mereka perbuat kepada kamu”.
Walaupun mesej yang terkandung dalam pepatah ini jelas menonjolkan keupayaannya untuk diterapkan dalam pelbagai budaya dan tamadun – sememangnya mengapa ia dilimpahi dengan kebijaksanaan – terdapat pelbagai elemen lain di Malaysia yang berfungsi menentang sepenuhnya asas etika ini.
Keangkuhan mereka telah mendekatkan diri mereka dengan “unsur durjana” seperti iblis yang enggan mematuhi perintah Tuhan supaya sujud kepada Nabi Adam dan Hawa hanya kerana mereka diciptakan daripada tanah liat.
Sejak itu, iblis bersumpah kepada Tuhan untuk menyesatkan keturunan anak cucu Nabi Adam sehingga hari kiamat.
Program yang tidak berakal berunsurkan ‘jingoisme’ seperti HIMPIT2023 – Himpunan Parti Islam Terengganu yang dianjurkan oleh sebuah parti politik, PAS, dilihat seolah-olah telah merendahkan martabat parti politik tersebut sekaligus mendesak seseorang untuk bersuara bak kata pepatah, berkatalah benar walaupun pahit.
Namun, tindakan melabelkannya sedemikian sama sekali tidak menghina atau mengeji, sama seperti lambang yang dipamerkan di belakang kenderaan mereka: pedang besar bermata dua yang diperbuat daripada perak dan terukir dengan aksara Arab.
Ini tidak lebih daripada sebuah percubaan gila bagi menakutkan orang ramai. Dalam komuniti berbilang etnik, kelakuan sebegini perlu dihentikan serta-merta kerana ia boleh menggalakkan tingkah laku seperti alang berjawab tepuk berbalas.
Amat jelas bahawa ini akan mencetuskan persengketaan antara kaum dan etnik. Selain itu, apa sebabnya perlu ada larangan sepenuhnya terhadap perkara ini?
Islam tekankan kerendahan hati
Pertama sekali, Islam adalah agama yang menekankan kerendahan hati dalam diri semua penganutnya serta merupakan sebuah agama yang mementingkan keamanan dan kesejahteraan.
Sifat ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sepanjang kehidupan Baginda di Makkah dan Madinah, dalam dua peristiwa yang jelas memperlihatkan gambaran Islam secara keseluruhan.
Nabi Muhammad SAW pergi ke Makkah dengan menaiki unta setelah Baginda memenangi pertempuran yang berlangsung selama sepuluh tahun menentang kaum Quraisy.
Para sahabat, ahli keluarga serta pengikut Baginda dari Madinah memasuki pintu kota suci Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah, sebaliknya hanya penuh dengan pengabdian kepada Tuhan: bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mempamerkan kekuasaan mereka. Tidak sama sekali.
Peristiwa lain pula ialah apabila Nabi Muhammad SAW tidak nampak seorang wanita tua yang sering membersihkan masjid, maka Rasulullah SAW segera bertanya kepada para sahabat akan keberadaan wanita tersebut.
Para sahabat Baginda kemudian menjawab: “Wahai Rasulullah, beliau telah meninggal dunia malam tadi.” Lalu Nabi Muhammad SAW berkata: “Tiada seorang pun yang mengkhabarkan kepadaku? Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!”
Sebaik sahaja Rasulullah SAW mendatangi makam tersebut, Baginda segera mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. Para sahabat mengakui kesilapan yang mereka lakukan serta menyedari bahawa mereka yang menjalankan tugasnya dengan tenang dan bertimbang rasa tanpa mengharapkan pujian, adalah mereka yang layak mendapat perhatian dan kasih sayang Rasulullah SAW.
Kedua, Nabi Muhammad SAW tidak pernah merestui perbuatan yang tidak beradab dan kasar. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Pada hari kiamat, mereka adalah orang-orang yang akan menitiskan air mata penyesalan”, ketika berjalan melewati sekumpulan orang yang berkelakuan semberono dan keterlaluan. Sekali lagi, Islam menuntut semua penganutnya tanpa mengira batasan ruang dan waktu agar bersikap sopan.
Memang Islam bukanlah sebuah sistem agama atau kepercayaan yang mendesak semua orang bersikap tegas pada setiap masa. Tidak ada larangan yang menghalang sambutan bulan Ramadan dilakukan dengan meriah tetapi Islam menentang sebarang bentuk perbuatan yang mempunyai unsur-unsur seperti mat rempit, malah, HIMPIT2023 juga.
Unsur durjana telah mula menjelmakan diri mereka di Malaysia. Jika HIMPIT2023 yang penuh dengan kebencian dan menjijikkan itu menggambarkan pempolitikan kaum – golongan pelampau kaum Melayu yang tiada sebarang kaitan dengan ciri-ciri tradisi majoriti Melayu – telah bermula dengan penuh kesungguhan.
Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar telah mengingatkan umat Islam bahawa Islam tidak menentang mana-mana perayaan dengan niat yang baik tetapi tindakan mereka yang tonjol dengan penampilan yang mencabar nilai peradaban diri sendiri dan orang lain, dilarang sama sekali kerana bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Sementara itu, mereka yang membantah sekerasnya penganjuran HIMPIT2023 yang dianggap menjijikkan sewajarnya menuntut permohonan maaf daripada pihak penganjur, dan jika tidak, Akta Hasutan 1948 boleh dan harus digunakan untuk mereka yang sering menggugat keharmonian antara kaum.
RAIS HUSSIN adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai