Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pembantu MP dihalau dari parlimen kerana skirt terbelah 

  • Dikemas kini dengan pindaan berkaitan identiti wanita itu.

Seorang wanita dihalau keluar daripada bangunan parlimen kerana memakai skirt paras lutut terbelah yang mendedahkan sebahagian paha. 

Pengamal media yang kebetulan berada di tempat yang sama–lobi parlimen–mendapati seorang pegawai keselamatan parlimen meminta wanita tersebut berbuat demikian. 

“Bawa dia keluar,” arahnya dengan nada tegas kepada petugas di situ. 

Wanita tersebut kemudian akur dan beredar daripada situ. 

Pengawal berkenaan enggan mendedahkan namanya. 

Media pada mulanya menyangka wanita itu ialah pembantu Kelvin Yii (Pakatan Harapan-Bandar Kuching). 

Bagaimanapun, Yii dilaporkan berkata wanita itu bukan pembantunya, sebaliknya hanya seorang pelawat biasa.

Kelvin Yii

Tiada sebarang rakaman gambar wanita berkenaan dibuat kerana pergerakan petugas media yang terhad di parlimen. 

Berdasarkan etika pemakaian pelawat parlimen, wanita yang berpakaian skirt perlu melepasi paras lutut. 

Panduan itu tidak dihuraikan lanjut sama ada boleh mempunyai bahagian yang terbelah atau tidak.