Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Keputusan kerajaan mengenai Lynas 'tepat' - Yeo

Bekas menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim Yeo Bee Yin memuji keputusan kerajaan yang mensyaratkan Lynas supaya memindahkan bahagian bahagian cracking and leaching loji pemprosesan nadir itu ke luar negara sebelum Julai.

Dalam satu kenyataan, Yeo berkata dia menantikan hari untuk melihat keadaan itu menjadi kenyataan.

“Tiada lagi pengeluaran sisa radioaktif untuk Lynas di Malaysia menjelang Julai. Ia adalah satu perjalanan panjang,” tambahnya.

Yeo adalah menteri yang bertanggungjawab meletakkan syarat kepada Lynas untuk menempatkan semula kemudahan cracking and leaching syarikat itu pada tahun 2020.

Dia berkata di sebalik itu, Lynas berusaha keras untuk menentang syarat berkenaan, dan berjaya melobi cukup ramai orang supaya firma itu tidak perlu mematuhi peraturan tersebut.

“Bagaimanapun, kami enggan membenarkan pengumpulan sisa radioaktif yang tidak berkesudahan di Malaysia, justeru menggantikan syarat mengeluarkan semua sisa radioaktif dari Malaysia dengan mengeluarkan semua kemudahan memproses bahan radioaktif - juga dikenali sebagai cracking and leaching - dari Malaysia dalam tempoh empat tahun.

“Di bawah syarat baharu ini, Lynas mempunyai empat tahun untuk membina kemudahan cracking and leaching di tempat lain. Apabila siap, Lynas tidak lagi dibenar menghasilkan sisa radioaktif di Malaysia dan hanya bahan perantaraan sahaja dibenarkan dihantar ke sini untuk pemprosesan selanjutnya.

"Lynas kemudiannya mengumumkan bahawa ia mampu memenuhi syarat yang dikenakan oleh kerajaan dan ia akan membina kemudahan cracking and leaching itu di Kalgoorlie, Australia," tambahnya.


BACA LANJUT: PANDUANKINI | Dari tutup total ke tutup separa: Lynas sesudah 11 tahun


[Baca berita penuh]