Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pesakit mental yang dipercayai menikam seorang pesakit lelaki di Hospital Selayang.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata seorang saksi melihat mangsa terduduk di lantai di zon kuning hospital berkenaan selepas suspek yang berusia 22 tahun itu menikam di bahagian pinggang sebelah kanan menggunakan pisau pada 3.45 petang semalam.
"Keadaan mangsa stabil setelah menjalani pembedahan dan akibat daripada serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan serta di bahagian belakang badan.
“Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek telah diberi rawatan dan ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Selayang dan punca suspek bertindak menyerang mangsa masih belum diketahui.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai