Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Anwar jalani pemeriksaan di IJN, tak dapat hadir Thaipusam

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak dapat menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini kerana menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf,” kata Anwar pada satu kenyataan hari ini.

Menurut Menteri Sumber Manusia V Sivakumar, perdana menteri pada mulanya dijadualkan akan membuat penampilan.

Namun, Anwar tidak dapat menghadiri sambutan itu.

Dalam pada itu, Sivakumar berkata perdana menteri mahu bertemu wakil jawatankuasa kuil yang terlibat dengan sambutan Thaipusam di seluruh negara.

“Mesyuarat itu akan diadakan dalam tempoh seminggu atau dua minggu depan,” katanya seperti dilaporkan The Star.