Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kes bunuh di Tawau: Lapan pegawai polis ditahan bantu siasatan

Lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) di Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

"PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Idris berkata kes berkenaan masih dalam peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan.

Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan media diharap tidak membuat sebarang spekulasi terutama mengaitkan isu keselamatan di negeri ini.

- Bernama