Lima lagi rakyat M'sia terkandas di Kemboja diselamatkan
Kerajaan Malaysia menyelamatkan lima rakyat negara ini - termasuk seorang remaja autistik - yang terkandas di Kemboja ekoran menjadi mangsa sindiket penipuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abdul Jalil Hassan berkata pasukan penyiasat polis yang diketuainya berada di Kemboja dalam misi menyelamatkan mereka.
Katanya setakat 26 Jan sudah menerima sebanyak 262 laporan membabitkan 220 rakyat Malaysia yang terkandas di negara luar termasuk Kemboja, Laos dan Myanmar selepas menjadi mangsa penipuan pekerjaan.
"Kami melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas di negara luar.
"Kami juga menggesa keluarga mangsa untuk memberikan butiran mereka kepada polis serta Kementerian Luar untuk membolehkan kami membantu menyelamatkan mereka," katanya.
Abdul Jalil berkata demikian selepas menyambuut lima mangsa mangsa terbaru yang diselamatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL hari ini.
Mereka - termasuk remaja berusia 16 tahun dari Sarawak itu - ditahan di Kemboja selama antara enam bulan dan dua tahun.
Menurut Abdul Jalil tidak semua kes terkandas di negara luar itu membabitkan mangsa penipuan pekerjaan kerana ada juga antara rakyat Malaysia itu mendakwa menjadi tawanan selepas kalah berjudi di kasino, selain gagal membayar balik pinjaman mereka daripada pengubah wang haram.
“Mereka yang kehabisan wang di kasino mendakwa bahawa mereka mangsa penipuan pekerjaan dan mendapatkan bantuan melalui kedutaan Malaysia dan NGO.
“Banyak NGO telah membantu menyelamatkan orang yang terkandas dan kami menghargai usaha mereka untuk membawa mereka kembali," katanya.
Abdul Jalil juga menjelaskan polis mempunyai statistik yang menunjukkan ramai rakyat Malaysia - yang sebelum ini diselamatkan di Kemboja - kembali semula ke negara itu secara sukarela untuk bekerja di kasino kerana mereka gemar suasana di sana.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai