Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

KDN tak bercadang kaji semula yuran rekalibrasi RM1,500

Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang untuk mengkaji semula kompaun RM1,500 atau yuran rekalibrasi untuk mengesah dan mengambil pekerja asing tanpa izin melalui Program Rekalibrasi Buruh 2.0.

Berdasarkan sesi taklimat Jabatan Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata program itu setakat ini tidak menyebabkan sebarang gangguan besar kepada rantaian bekalan.

“Dengan mengadakan program ini, kami berharap dapat mencapai sasaran tertentu, tetapi tiada perubahan pada caj rekalibrasi semula. Ia kekal seperti sedia ada... status quo,” katanya kepada media.

Saifuddin menjelaskan hal tersebut selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN dan menyampaikan ucapan tahun baru di Putrajaya hari ini.

Menurutnya lagi ia merupakan keputusan besar yang melibatkan dasar dan KDN berharap untuk memberi kemudahan secara menyeluruh serta memenuhi permintaan sektor ekonomi.

Program itu, tambahnya, berjaya menyumbang RM700 juta hasil kepada kerajaan pada tahun lalu dan turut membantu majikan mengambil pekerja pada kos ekonomi dalam negara.

Justeru, katanya, KDN bersedia untuk memudahkan urusan berkaitan program itu.

“Rekalibrasi berlaku apabila majikan mengambil pekerja asing tanpa izin, dan kadangkala mereka tinggal di negar aini melebihi tempoh tertentu dan caj dikenakan.

“Dengan ini, mereka tidak perlu mengambil pekerja asing lagi dan mengambil tenaga kerja dalam negara. Kosnya lebih murah dan prosesnya pula lebih mudah,” katanya.

Ditanya mengenai data pekerja asing tanpa izin yang memilih untuk pulang ke negara asal atau memutuskan untuk tinggal selepas mendaftar, dia berkata, data yang dikemas kini akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet minggu depan.

Maklum balas Saifuddin dibuat selepas Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) menggesar kerajaan menyemak semula yuran penentukuran semula RM1,500.

Presiden FMM Soh Thian Lai dalam kenyataan kepada Malaysiakini mengalu-alukan inisiatif yang diumumkan kerajaan.

Program itu mula diperkenalkan pada 2020 - dengan yuran reaklibrasi sebanyak RM1,500 dan deposit RM500 - untuk pekerja asing tanpa izin yang berhasrat untuk bekerja secara sah di Malaysia atau pulang ke negara asal masing-masing.

Sebelum itu yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM1,200.

Ketika ini pendatang tanpa izin yang layak boleh diambil bekerja dalam lapan sektor iaitu domestik, pembuatan, pembinaan, perlombongan dan kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian dan perladangan.

[Baca berita asal]