Presiden persoal keabsahan pembubaran j'kuasa negeri PBM
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng mempersoalkan keabsahan pembubaran jawatankuasa parti di beberapa negeri, seperti yang dilapor baru-baru ini.
Sng berkata dia dia tidak menerima sebarang notis pembubaran atau peletakan jawatan daripada jawatankuasa tersebut.
"Selain itu, kurangnya dokumentasi untuk mengesahkan berita (pembubaran). Pembubaran bukan bergantung kepada negeri dan bahagian.
"Pembubaran adalah prerogatif ibu pejabat parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dia mengulas laporan berhubung pembubaran PBM di Pahang, Selayang dan jawatankuasa negeri dan bahagian di Negeri Sembilan, dilaporkan ekoran hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinannya.
Terbaru, PBM Negeri Sembilan semalam mengumumkan pembubaran dan peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
Pengerusinya Rosman Jonet berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri pada 20 Januari lalu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai