Luruan monsun dijangka di Timur Semenanjung mulai esok
Luruan monsun dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula esok hingga 23 Jan ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan yang terlibat.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata jabatan itu telah mengeluarkan amaran hujan berterusan kepada negeri yang terbabit iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa dari esok hingga 22 Jan.
“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh ramalan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 23 Jan.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai