Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

ESEI FOTO | Colok naga untuk Tahun Baru Cina

Peningkatan kos bahan memaksa Tan Ah Han, 62, menaikkan harga kayu colok naga sebanyak 30 peratus bagi memenuhi permintaan menjelang Tahun Baharu Cina.

Menurut pemilik Han Professional Dragon Joss Stick Specialist itu, walaupun harga colok yang dijualnya meningkat tetapi permintaan masih sama seperti sebelum ini.

“Semua harga barang untuk buat colok naik termasuk serbuk kayu, serbuk gam dan cat. Saya terpaksa naikkan harga tapi permintaan pelanggan masih sama seperti tahun lepas,” kata Han.

Hasil seni ambil masa

Dalam pada itu, masalah kekurangan pekerja juga mengganggu penghasilan kayu colok naga di kilang miliknya di Matang, Taiping.

“Susah nak cari pekerja sebab orang muda sekarang tak minat hasil kerja seni yang ambil masa lama macam ni”, tambah Han.

Berkecimpung lebih 40 tahun, Han berkata proses untuk menyiapkan kayu colok naga mengambil masa kerana ia rumit dan memerlukan ketelitian serta hasil seni.

Harga colok naga bermula daripada RM20 sehingga RM1000 bergantung kepada saiz, ketinggian dan corak yang diminta pelanggan.

Seorang pekerja mengecat kepala naga.
Pekerja sedang melukis kepala naga pada lapisan luar kayu colok.
Pekerja di kilang memikul colok.
Pekerja sedang melukis kayu colok naga menggunakan berus tangan.
Batang colok dibuat daripada campuran gaharu dan serbuk kayu.
Pekerja sedang menyusun kayu colok naga.
Setiap lapisan dibiarkan kering selama kira-kira 2 minggu sebelum lapisan baru ditambah.
Colok naga untuk dieksport.
Kayu colok naga dibawa masuk ke dalam lori sebelum dihantar ke kedai.
Pembungkusan colok naga.
Pekerja sedang melukis kayu colok naga menggunakan berus tangan.