Bot bawa 180 pelarian dibimbangi tenggelam di Laut Andaman
Bot yang membawa lebih 180 pendatang Bangladesh dan Rohingya dari Myanmar, termasuk wanita dan kanak-kanak, dibimbangi tenggelam di Laut Andaman, bulan lalu.
Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata bot itu meninggalkan Cox’s Bazar, Bangladesh pada November lepas untuk datang ke negara ini.
“Saya sedih untuk bercakap tentang tragedi kemanusiaan ini dan ia bukan pertama kali berlaku melibatkan masyarakat Rohingya.
“Ada banyak lagi treagedi sebegini apabila bot yang membawa pendatang tenggelam di lautan terbuka dan ribuan manusia terkorban dalam insiden sama,” katanya kepada Malaysiakini.
Zafar Ahmad berkata berdasarkan maklumat daripada kem pelarian di Bangladesh dan sumber dari Rakhine, lebih banyak bot dari Bangladesh dan Rakhine akan menuju ke Thailand, Malaysia and Indonesia dalam masa terdekat.
Katanya, Cox’s Bazaar dirasakan tidak lagi selamat susulan peningkatan jenayah, kes dadah dan rogol.
Pihak berkuasa pula didakwa lambat menangani isu ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai