Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Tutup saja Umno jika terus ditolak rakyat, kata Ku Li

Umno dilihat perlu melakukan perubahan untuk terus relevan atau berdepan risiko ters ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Perkara itu dinyatakan veteran Umno Tengkus Razaleigh Hamzah, yang menegaskan adalah lebih Umno dibubarkan sahaja sekiranya terus ditolak rakyat.

"Umno mesti ada perubahan. Kalau tidak Umno tidak boleh hadapi pilihan raya negeri dan akan kalah teruk. Kalau ditolak terus oleh rakyat, lebih baik tutup sahaja parti,” katanya seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini.

Dia berkata terpulang kepada barisan kepimpinan Umno untuk menumpukan usaha bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.

Pada PRU15 lalu Umno merekodkan prestasi terburuknya apabila hanya menang 26 kerusi Parlimen berbanding 54 Parlimen pada PRU14.

Parti komponen BN lain pula hanya menang empat kerusi, menjadikan kerusi keseluruhan yang dimiliki gabungan itu kepada hanya 30.

Sementara itu Tengku Razaleigh yang juga bekas ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal juga berpandangan kerajaan pada masa ini belum cukup kukuh.

Katanya, ini kerana kes mahkamah yang dihadapi presidennya Ahmad Zahid Hamidi akan mempengaruhi barisan kepimpinan parti itu nanti.

"Keadaan sekarang masih tidak menentu. Sekarang ini walau Anwar (Ibrahim) mendapat sokongan dalam Parlimen, beliau tetap bergantung kepada 30 ahli Parlimen BN," katanya lagi.