PBM Pahang umum bubar j'kuas negeri, 8 bahagian
Parti Bangsa Malaysia (PBM) Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa negeri dan lapan bahagian yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Ketua Penerangan PBM Pahang Mohd Faizal Helmi memaklumkan Bernama bahawa keputusan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan parti yang berlangsung semalam.
“Pembubaran itu dibuat berikutan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada Presiden PBM (Larry Sng Wei Shien) yang memungkiri janji memberi laluan kepada pengasas PBM Zuraida Kamaruddin untuk memimpin parti,” katanya.
Lapan bahagian yang dibubarkan ialah Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.
Mohd Faizal berkata pembubaran itu telah dimaklumkan dalam surat PBM Pahang yang ditandatangani oleh Naib Pengerusi Dasimah Zainudin kepada setiausaha agung parti.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai