Menteri arah bincang isu gangguan MyRFID
Semua pihak terlibat dipanggil untuk berbincang berkaitan gangguan transaksi Identifikasi Frekuensi Radio (MyRFID) untuk pembayaran tol di lebuh raya.
“Saya sedar sepenuhnya isu ini.
“Saya juga sudah memanggil semua pihak terlibat untuk mengadakan perbincangan, secepat mungkin,” kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi.
Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan meluahkan rasa kesalnya terhadap perkhidmatan MyRFID yang mengalami gangguan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
“Beberapa bulan pertama, rakyat Malaysia bertolak ansur dengan membenarkan trial and error (kaedah cuba-cuba).
“Tetapi perkara ini sudah berlaku terlalu lama! “ ujarnya.
Menulis di Twitter, dia pada mulanya memohon Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke menyelesaikannya.
Bagaimanapun Loke berkata perkara itu bukan bawah bidang kuasanya.
“Itu di bawah Lembaga Lebuh Raya. Apa pun, saya akan berbincang dengan Alexander,” ujar Anthony,” katanya.
Menjawab soalan pengguna maya, Rahman menjelaskan palang tol kadangkala tidak terbuka walaupun baki wang mencukupi–masalah yang terjadi kepadanya sendiri.
Sementara itu, terhadap pengguna lain menimbulkan isu kedudukan lorong MyRFID yang tidak seragam dan berubah-ubah mengikut tempat.
“Susunan atur tol sangat mengelirukan. Boleh mendatangkan kemalangan. Ada tol yang RFID paling kanan. Ada pula tengah,” kata seorang pengguna Twitter di bebenang sama.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai