EU cadang pengembara dari China tunjuk keputusan ujian negatif
GLOBAL | Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu bersetuju "menyelaraskan pendekatan langkah berjaga-jaga" berikutan lonjakan jangkitan Covid-19 di China baru-baru ini dengan mencadangkan pelancong dari negara itu mengemukakan keputusan ujian negatif Covid-19.
"Negara anggota digalak untuk meminta semua penumpang dari China yang menuju ke negara anggota supaya menunjukkan keputusan ujian negatif Covid-19 yang diambil tidak lebih 48 jam sebelum berlepas dari China," menurut Presiden Majlis EU dari Sweden dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat kumpulan bersepadu respons krisis politik (IPCR).
Menurut kenyataan itu, negara anggota juga sepakat mengesyorkan kepada semua penumpang dalam penerbangan ke dan dari China supaya memakai pelitup muka selain perlu mematuhi langkah-langkah kebersihan dan protokol kesihatan, lapor agensi Anadolu.
Langkah-langkah yang diperkenal itu akan disemak semula oleh negara anggota menjelang pertengahan Januari.
China menyaksikan lonjakan jangkitan selepas melonggarkan dasar ketat "sifar Covid" pada bulan ini.
Beijing juga memutuskan untuk membatalkan kuarantin wajib lima hari ke atas semua ketibaan mulai 8 Jan.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai