Selamat Tahun Baru dari Malaysiakini
Pada tengah malam ini, kita meninggalkan satu lagi tahun yang mencabar dari segi politik dan ekonomi serta menyambut ketibaan 2023.
12 bulan lalu menyaksikan kehidupan kembali separa normal dengan kebanyakan SOP sekatan utama Covid-19 ditarik balik.
Tetapi tahun baru juga akan membawa cabaran baru.
Malaysiakini mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua - khususnya pembaca setia kami.
Sepanjang 23 tahun yang lalu, menjadi tugas kami untuk berkongsi perjalanan Malaysia dan bertambah satu lagi tahun dalam pembinaan hari esok yang lebih baik buat generasi akan datang.
Semoga 2023 menjadi tahun kita melihat kemakmuran sebenar dalam pelbagai bidang, di bawah pentadbiran baru pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ke arah reformasi institusi yang dijanjikan dan menghormati kebebasan awam.
Kami bekerja dengan sumber dan kakitangan yang terhad hari ini.
Malaysiakini akan kembali sepenuhnya pada tahun baaru untuk terus memberi anda lebih banyak berita dan pandangan yang penting.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai