'Pendingin hawa kuat di pejabat' - Menteri nak ubah mentaliti penggunaan tenaga
WAWANCARA | Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata rakyat Malaysia memerlukan anjakan paradgima berhubung penggunaan tenaga dan ia boleh diperluaskan dengan menamatkan amalan penggunaan pendingin hawa pada suhu begitu rendah di bangunan kerajaan.
“Suhu boleh begitu sejuk sehingga tidak selesa dan ini sesuatu yang kita perlu lihat dari segi dasar kerajaan.
“Kita telah kekalkan harga tenaga yang sangat rendah sekian lama dan ini mengakibatkan sikap pembaziran terhadap air dan elektrik. Kita tidak menghargainya sehingga kita perlu bayar tarif yang tinggi.
“Jadi dasar kerajaan perlu berubah juga sehingga kita belajar untuk gunakan tenaga dengan lebih efisien.
“Saya rasa PM (Anwar Ibrahim) telah memulakan dasar tidak memakai tali leher untuk kabinet. Ini sesuatu yang baru dan kita boleh teliti sama ada kod pakaian yang lama wajar atau tidak,” katanya ketika wawancara bersama Malaysiakini.
Nik Nazmi berkata orang ramai ada banyak tabiat lama yang perlu diteliti semula agar Malaysia benar-benar menjadi sebuah negara yang mesra alam sekitar.
“Tabiat lama eperti penggunaan plastik, pengurusan sisa, kurangnya amalan kitar semula, pembakaran terbuka, dan untuk mengubahnya memerlukan sedikit usaha. Generasi muda beruntung kerana perubahan iklim bukanlah perkara yang baru buat mereka tetapi ia sesuatu yang mereka terima.
“Malah untuk (sektor) korporat, kita mungkin perlu bersikap sinis mengenainya dan kaitkan pembangunan dengan amalan mesra alam. Malah sekarang...ramai tidak mahu melabur dalam industri kotor lagi, tetapi jika anda ingin melakukan (projek berkenaan) solar, atau sesuatu yang mesra alam, ekonomi global telah beraliha dan ia jadi lebih berpatutan.
“Kita harus ambil kesempatan daripadanya. Saya optimis dan fikir dengan adanya pengundi muda, perubahan iklim masuk dalam agenda. Itu membolehkan kami melakukan lebih banyak perkara dan membuat keputusan yang sukar,” tambahnya.
Banjir, tanah runtuh, jerebu
Ahli parlimen Setiawangsa itu mengakui bahawa masalah alam sekitar yang sering berlaku seperti banjir, tanah runtuh, pencerobohan habitat, pencemaran sungai, dan jerebu akan menjadi antara cabaran terbesarnya.
“Ini akhir tahun dan kita aalami banjir dan monsun. Kita sebenarnya tidak buat pengurusan bencana yang terletak di bawah pejabat timbalan perdana menteri, tetapi dari segi pencegahan banjir dan tanah runtuh, itu di bawah kementerian kami.
“Ia besar untuk saya tangani. Kita perlu mengubah cara kita melihat bencana dan pencegahannya. Andaian lama tidak boleh digunakan lagi. Sebelum ini kita kata ia berlaku sekali dalam seratus tahun, kini ia berlaku setiap tahun.
“Jerebu pula, mungkin kita bernasib baik kerana pandemik (Covid-19), masalah ini jadi tak besar. Cabaran akan datang apabila tiba musim kemarau. Melihat kepada undang-undang, masalahnya adalah berkenaan penguatkuasaan dan sikap menuding jari yang tidak berkesudahan,” katanya.
Dia berkata pelepasan karbon menjadi satu lagi aspek yang perlu dikaji dan akan dimasukkan ke dalam Akta Perubahan Iklim yang sedang diusahakan kementeriannya.
Masa depan
Nik Nazmi juga menekankan kepentingan pengangkutan awam berbanding penggunaan kereta.
“Ketika saya kecil, saya pernah terfikir tentang kereta terbang. Tapi kita perlu ada keseimbangan dan untuk penggunaan tenaga, pengangkutan awam lebih baik daripada kereta. Kita perlu membuat perubahan, ke arah (penggunaan) pengangkutan awam dan menjadikan kereta mesra alam yang mampu milik.
“Jika bercakap tentang hidupan liar pula, kita ada banyak kerja-kerja pemuliharaan yang perlu dilaksanakan.
“Wajar untuk kita terus berjuang di arena antarabangsa kerana orang selalu kata kita harus lakukan lebih baik, tetapi kita lupa jika melihat sejarah, Eropah, Jepun dan Amerika telah musnahkan kebanyakan hutan mereka (untuk pembangunan) dan sekarang tekanan adalah terhadap kita untuk melindungi apa yang kita ada.
“Kita berbesar hati untuk melakukannya, Indonesia telah lakukannya dengan sangat baik dan dapat pembiayaan yang besar untuk beraliha dari sektor arang batu.
"Jadi semua negara membangun harus mendesak untuk itu supaya kita boleh dapatkan dana untuk melindungi hutan kita. Kita perlu melaksanakan usaha tersebut dan membiayai usaha pemuliharaan kita,” katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai